SEJARAH BAJU KURUNG

Baju Melayu ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu. Pakaian ini terdiri daripada baju teluk belanga atau baju cekak musang dengan seluar panjang serta dilengkapi samping dan songkok. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutamanya untuk bersembahyang dan untuk ke pejabat pada hari Jumaat, untuk majlis formal, dan sebagai pakaian adat.
Baju Melayu teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia seperti negeri Johor sementara potongan cekak musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan cekak musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan teluk belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman sama seperti baju kurung.
Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan pada bahagian leher seperti mata lalat, tulang belut dan insang pari.
Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden, juga dipanggil potongan Cina. Lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju iaitu secara disambung terus atau dijahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek. Kebiasaannya, baju Melayu dijahit menggunakan fabrik kapas atau campuran yang selesa dipakai.
Cara memakai baju juga terdapat perbezaan di mana bagi baju Melayu teluk belanga biasanya samping dipakai di luar baju, manakala baju Melayu cekak musang bajunya di dalam samping.

Sejarah

Baju Melayu berusia lebih kurang 700 tahun. Ini dikira sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444), memberi titah, ‘di larang memakai cara Atas Angin (Arab termasuk China), cara Keling….’[1] Sebaliknya apabila baginda menunaikan solat sunat Hari Raya, baginda menyarung baju Melayu (dipakai cara sarung, lengkap destar). Apabila tiba di masjid barulah baginda mengena jubah (pakaian Atas Angin). Dalam sejarah Melayu juga dikatakan bahawa baju melayu yang di pakai oleh rakyat Melaka singkat dan sendat, tetapi seorang pembesar Melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah baju Melayu seperti sekarang.[2]

Kancing

Rekaan tiga, empat dan lima kancing baju Melayu.
Baju Melayu cekak musang berhias lima butir kancing atau tiga butang mengikut tempat. Bagi rekaan lima butir kancing, dua butir bertindih di cekak leher, dan diikuti dengan tiga butir di bahagian bawah (belahan).
Menurut teori seorang bekas budayawan dari UKM,[perlu rujukan] dari segi entnografi sosiobudaya kancing itulah lambang keharmonian rumah tangga masyarakat melayu. Dua butir bertindih di bahagian atas ibarat kerukunan di antara pasangan suami isteri iaitu ayah dan ibu. Tiga butir di bawahnya melambangkan tiga orang anak mereka iaitu sulung, tengah dan bungsu.[perlu rujukan]
Teori ini disangkal oleh Azah Aziz (Mak Ungku) kerana beliau menyatakan bahawa kalangan bangsawan atau raja di istana menggunakan tujuh butir pada baju Melayu mereka.[2]
Dalam hal ini ia juga harus merujuk kepada sistem nombor, yang juga wujud dalam rekabentuk keris iaitu berlok 3 – 11. Lok 11 ialah milik sultan iaitu pemerintah termasuk permaisuri, lok 9 (Cik Siti Wan Kembang), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja. Begitu juga tangga rumah Melayu dikira berurutan 3-9 mata. Bumbung perabung Masjid Kampung Laut 3-5 tingkat. Kajian seni rupa Melayu harus lagi merujuk kepada falsafah Nakula.

Reka bentuk baju Melayu

Baju Melayu Cekak Musang

Lelaki berbaju Melayu cekak musang lengkap.
Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5 cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya.
Terdapat dua rekaan butang di bahagian leher baju iaitu tiga butang ataupun lima butang.
Baju Melayu cekak musang bajunya dipakai di dalam samping.

Baju teluk belanga

Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang telah direka oleh Sultan Abu Bakar sendiri pada tahun 1866 demi meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru.[3] Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.
Reka bentuk kolar atau potongan lehernya menyerupai baju kurung atau dipanggil Teluk Belanga. Jahitan pada leher tersebut pula dikenali sebagai jahitan tulang belut atau insang pari dan dikancing satu butang.
Baju Melayu teluk belanga biasanya baju dipakai di luar samping.

Baju Kurung

Rencana utama: Baju kurung
Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian gaya Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang.
Ia juga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’. Walaupun mempunyai pelbagai nama, namun baju kurung tetap menampilkan ciri-ciri tersendirinya.

Penulis : Radle Rio Fachlefi ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel SEJARAH BAJU KURUNG ini dipublish oleh Radle Rio Fachlefi pada hari Sabtu, 03 November 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan SEJARAH BAJU KURUNG
 

0 komentar:

Posting Komentar